allianz-trade-rebranding-faq

Euler Hermes sedang berubah kepada Allianz Trade: Soalan Lazim Penjenamaan Semula

Pada 28 March 2022, kami telah mengubah nama jenama kami kepada Allianz Trade. Perubahan kepada Allianz Tradi tidak akan memberi sebarang kesan dan perubahan  kepada kontrak ataupun terma dan syarat yang sedia ada. Walaupun kami mempunyai nama dan identiti visual yang baru, namun dedikasi pasukan kami, semangat terhadap profesion kami dan – yang paling penting- komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk membantu anda berkembang dengan selamat tidak sekali akan berubah.

Sila semak jawapan untuk soalan lazim di bahagian bawah sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaam mengenai pernjenamaan semula. 

Dengan nama jenama baru kami, kami akan mendapat lebih banyak manfaat daripada reputasi dan kekuatan kumpulan Allianz, bersama dengan rangkaian pengetahuan dan kepakaran global mereka yang luas. Selain itu, ia juga akan membantu kami untuk kekal di hadapan bila berlakunya  transformasi teknologi. Kami sentiasa memikirkan perkhidmatan baru untuk memastikan prestasi yang terbaik disamping ianya mudah dan cekap.
Tiada sebarang perubahan dalam hubungan harian anda dengan kami. Anda masih akan berhubung dengan orang yang sama. Malah, nombor telefon akan tetap sama. Alamat e-mel kami akan berubah sedikit, tetapi alamt e-mel yang lama masih akan berfungsi - jadi anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa. 
Anda tidak perlu melakukan apa-apa - tiada sebarang perubahan mengenai perhubungan semasa anda dengan kami.
Tidak, perubahan itu hanya memberi kesan kepada nama jenama. Dari segi entiti undang-undang, tiada sebarang perubahan - dan begitu juga denagn cara kami bekerjasama dengan anda.
Tidak, tidak ada perubahan dalam struktur pegangan saham kami. Kami masih akan 100% dimiliki oleh Allianz seperti yang telah berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Ya.Penarafan dikaitkan dengan eniti undang-undang. Disebabkan , perubahan adalah berkenaan dengan jenama sahaja maka penarafan tidak akan berubah dan akan terus kekal sah.

Euler Hermes masih nama sah kami, itulah sebabnya anda akan terus melihat nama Euler Hermes pada dokumen kami. Tetapi nama jenama kami kini adalah Allianz Trade, dan ini adalah nama yang akan kami gunakan semasa menetapkan produk atau perkhidmatan yang kami sediakan.

Harap maklum bahawa sesetengah perkara mmungkin tidak sempurna dari awal kerana kami harus melalui proses pengubahsuaian sistem dan aplilasi kami yang mungkin akan menyebabkan kelewatan. Namum demikian, tiada sebarang prubahan di pihak perkarja kami, dan juga dengan komitment kami untuk membantu anda and perniagaan anda untuk berkembang dengan selamat.

Ya, perubahan itu hanya mempengaruhi nama jenama dan identiti visual - tetapi entiti undang-undang masih sama.Ini bermakna semua dokumen polisi anda akan kekal sah dan tidak perlu diubah.
Tidak, anda tidak perlu membuat sebarang berubahan kerana entiti undang-undang adalah masih sama. Perubahan hanya memberi kesam kepada nama jenama. Walaupun invois mempunyai logo baru dan susun atur baru, entiti yang mengeluarkannya adalah sama.
URL platform pelanggan akan berubah, tetapi anda masih boleh menggunakan platform lama kerana ianya akan membawa anda ke platform baru. Walau apa pun, jika anda ingin mengemas kini kepada yang baru, sila lawati: online.allianz-trade.com.